sentuh hatiku

ALLAH PEDULI

Jumaat, 1 Oktober 2010

Periksalah Yang Tak Nampak

pembacaan: Ulangan 6.1-9

Semasa saya di Sekolah Menengah, guru memandu saya memberi nasihat yang bernas. “ Awak fakir awak boleh tahu apa yang di sebelah kiri dengan melihat cermin untuk bahagian belakang, tetapi penglihatan awak terhad,” katanya. “Awak mesti menoleh selalu sebelum menukar lorong. Mungkin sahaja ada kereta di tempat yang awak tak nampak.” Ajarannya yang bijak telah menghalang saya daripada terlibat dalam pelanggaran yang banyak.

Musa ada beberapa petunjuk yang bijak untuk umat Israel. Mereka seharusnya menjadikan pembelajaran dan renungan perintah Tuhan sebagai bahagian yang penting dalam hidup. Musa berkata, “ Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berkerja,” ( ulangan 6.7 ). Singkatnya, firman tuhan sepatutnya meresap kedalam setiap segi kehidupan mereka.

Alkitab adalah buku panduan daripada Tuhan untuk memberikan kita petunjuk semasa menempuhi perjalanan hidup. Tetapi sekadar memiliki sebuah Alkitab tidaklah cukup. Alkitab itu harus dipelajari diterapi, dan disampaikan kepada setiap orang lain.

Sebagaimana memeriksa bahagian yang kita tidak nampak itu merupakan tindak balas automatic semasa memandu, maka menerapkan Firman Tuhan sepatutnya menjadi respon semulajadi kita semasa menghadapi bahaya kehidupan. Ia menolong kita mengelakkan perlanggaran rohani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan