sentuh hatiku

ALLAH PEDULI

Khamis, 23 September 2010

berita baik

Pembacaan: Mazmur 22.12-20

Sesetengah orang percaya bahawa Alkitab itu hanyalah koleksi penulisan purba yang tidak teratur. Tetapi kita mempunyi sebab yang baik untuk mempercayai bahawa ia adalah firman yang diberikan oelh Tuhan. Sebagai contohnya, Alkitab mempunyi nubuat-nubuat yang sudah ditepati. Berabad-abad sebelum peristiwa khusus berlaku, penulis-penulis ini telah meramalkan dengan tepat, dan lama-kelamaan, peristiwa itu akhirnya benar-benar berlaku.

Sejauh mana pun pandangan kita, kita tidak mampu memberitahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang secara terperinci. Malah, tekaan kita yang terbaik selalu salah. Di sini ada beberapa contoh:

“Kapal terbang merupakan alat mainan yang menarik tetapi tidak ada nilai ketenteraan.” Siapa yang mengatakan itu? Seorang profesor strategik ketenteraan. “Saham nampaknya sudah mencapai tahap mendatar yang tidak berubah.” Pengumuman ini telah dibuat oleh seorang ahli ekonomi yang terkemuka sebelum kemelesetan ekonomi pada tahun 1929.

Walau bagaimanapun, Alkitab dipenuhi dengan contoh-contoh yang dramatic mengeni nubuat yang sudah dipenuhi. Yesaya 52. 13-53.12 dan Mazmur 22.1-19 mencatat keterangan mengenai penyaliban Kristus beratus-ratus tahun sebelum bentuk pelaksanaan hukuman mati yang kejam ini diamalkan.

Apabila kita mengambil Alkitab, kita boleh diyakinkan bahawa di dalam tangan kita, kita sedang memegang satu pewahyuan kebenaran ilahi yang berkuasa--- satu pengakuan yang dibuktikan oleh nubuat-nubuat yang sudah ditepati. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan